Blog ini saya persembahkan kepada para muslimin sekalian agar kita lebih MENCINTAI junjungan Agung Rasulullah s.a.w. Tugas Baginda bukan hanya sebagai penyampai wahyu sahaja , bahkan lebih dari itu. Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai IDOLA kita kerana apabila kita mencintai Rasulullah dan mengamalkan sunnah-sunnahnya, maka beruntunglah kita. Allah ta'ala berfirman dalam al-quran: " Katakanlah Muhammad: Sekiranya kamu ingin dicintai Allah, maka ikutlah AKU( rasulullah), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosa mu..."(ali imran, ayat 31)







Wednesday 23 May 2012

Kamar Cinta Rasulullah s.a.w. bhg 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Segala Puji Bagi Allah, PenCinta yang mencintai MakhluqNYA. Selawat yg terpuji dilimpahkan atas Kekasih yg kita cintai, Rasulullah s.a.w. dan para keluarganya. Ameen

   Alhamdulillah, memang sukar untuk ana menulis dan membuat satu post di dalam blog ini kerana ana perlukan masa untuk mencari Dalil dari AL-QURAN dan al-HADITH yg sohih dan Jayyid. Ini kerana, dalil dan nas seperti ini mampu mencantikkan sesuatu penulisan yg berkaitan dengan agama Allah ini.

   Persoalan CINTA sering diucapkan dan dilontarkan oleh kita saban hari terutamanya golongan remaja yg menagih kasih terhadap pasangannya. Sedar kah kita bahawa kehidupan kita ini dihiasi oleh perasaan CINTA yg telah dianugerahkan oleh Allah terhadap makhluqNYA yg bernama manusia. Hrmm, ana pun sukar untuk mengawal perasaan ini. Apa pun persoalannya, yg PASTI..kita wajib menyelesaikan perasaan ini dengan mempercepatkan NIKAH. Sabda Rasul s.a.w. :

" Nikah itu sunnahku, dan yang enggan mengikuti sunnahku, maka tidaklah ia termasuk dari ummatku"(al-hadith)





Justeru itu, jumhur ulama sudah sepakat mengatakan nikah atau perkahwinan ini adalah tsabit dari sunnah Rasulullah s.a.w. Bahkan, ianya juga dilakukan oleh Rasul-Rasul yang lain. Rasullah bersabda:

"Empat perkara daripada perlakuan para Rasul iaitu bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah"
(hadith dari Abu Ayyub r.a., diriwayatkan oleh Imam Tirmizi)

  Ana pelik melihat segelintir orang yang membenci pernikahan dan perkahwinan kerana mereka menganggap wang adalah segala-galanya. Golongan seperti ini didominasi oleh segelintir andartu( anak dara tua) yang menganggap perkahwinan adalah menyusahkan dan mereka juga mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh..Alasan mereka ini nampaknya lemah dan merosakkan. Ana berharap mereka ini cepat bertaubat kerana perkataan yg terkeluar dari mulut mereka itu boleh mnyebabkan mereka tidak digolong dari kalangan Umat Rasulullah s.a.w. Na'uzubillah!!

  Memang nikah adalah jalan yang paling selamat dan sejahtera bagi kedua-dua pasangan yang sedang asyik bercinta agar iman dan kehormatan mereka terjamin dan terpelihara. Tetapi yang menyedihkan,, umat sekarang ni tahu bernikah sahaja tetapi tidak tahu adab2 dalam menjalani pernikahan dan perkahwinan itu.
Sehinggakan, boleh dikatakan setiap hari terpampang di media2 massa seperti surat akhbar, televisyen dan sebagainya yang menunujukkan statistik penceraian yang semakin meningkat hari demi hari. Terrpampang juga sikap suami yang panas baran memukul isteri sehingga patah sana sini dan tidak kurang juga si isteri yang curang dengan menjalankan hubungan seks dengan lelaki lain semasa suami tiada dirumah.

   Pehatikan firman Allah taala :

" Pergaulilah isterimu dengan cara yang baik..." ( an-nisa':34)

Oleh kerana itu, Allah menegaskan bahwa pergaulilah isteri kalian dengan baik dan berkasih-sayang. Persoalan cerai dan masalah rumah tangga yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan mereka jarang dan tidak mahu mengikuti apa yang telah tercatat didalam al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w. Umat kini hanya tahu untuk bernikah dan berkahwin atas sekadar nafsu semata-mata dan tidak lebih dari itu.

  Sedangkan mereka lupa bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. sudah menunujukkan contoh yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga baginda bersama dengan isteri2 nya. Oleh kerana itu, walaupun kita melihat Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sering sibuk dengan menguruskan hal-ehwal kenegaraan Madinah, tetapi, Baginda .s.a.w. tidak pernah melupakan tanggungjawabnya terhadap para isterinya. Ini yang menjadikan rumah tangga Rasulullah bahagia dan sering ceria sentiasa :)

  Nabi s.a.w berpesan dalam hadithnya :

" Dan aku adalah yang paling baik antara kalian terhadap isteriku" ( riwayat Imam Ibnu Majah, ditashihkan oleh Albani)









Memang sudah terbukti bahwa Bagindalah seorang suami yang sangat penyayang terhadap isterinya.
Ini dibuktikan dalam sebuah hadith dari Aisyah r.a.h. :

 Siti Aisyah r.a.h. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al-Aswad Bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab ;

" Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat " ( hadith sohih dari Imam Bukhari dan Muslim)

  Hadith diatas sudah cukup mengambarkan keperibadian Rasulullah terhadap para isterinya. Insyaallah..ana akan sambung lagi penulisan tajuk ini. Ana tidak mahu tulis panjang lebar kerana sukar untuk para pembaca untuk membacanya..justeru itu, ana akan menulisnya dalam beberapa siri lagi. Alhamdulillah


Wallahu Subhanahu Wa ta'ala A'lam

 

















No comments:

Post a Comment