Blog ini saya persembahkan kepada para muslimin sekalian agar kita lebih MENCINTAI junjungan Agung Rasulullah s.a.w. Tugas Baginda bukan hanya sebagai penyampai wahyu sahaja , bahkan lebih dari itu. Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai IDOLA kita kerana apabila kita mencintai Rasulullah dan mengamalkan sunnah-sunnahnya, maka beruntunglah kita. Allah ta'ala berfirman dalam al-quran: " Katakanlah Muhammad: Sekiranya kamu ingin dicintai Allah, maka ikutlah AKU( rasulullah), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosa mu..."(ali imran, ayat 31)







Wednesday 16 May 2012

Memuji Rasulullah, salahkah?

Assalamualaikum Warohmatullah Wabarokatuh

Segala Puji Bagi Allah, Yang Maha Agung dan dan Maha Perkasa. Selawat dan Salam yang berpanjangan keatas seutama-seutama manusia, Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat baginda. Amma Ba'du

   Alhamdulillah, Syukur Pada Sang Kholiq, yang telah memberi ana umur yang panjang dan badan yang sihat..agar dapat ana menulis kali ini untuk dipersembahkan kepada para pembaca sekalian. Setelah berfikir panjang, ana tertarik untuk menulis mengenai Memuji Rasulullah. Ini kerana, ada pihak yang mengatakan HARAM memuji Rasulullah s.a.w.! Golongan seperti ini berdalilkan sebuah hadith :

" Janganlah kamu melampau-lampau memuji ku sebagaimana kaum Nasrani (kristian) melampau-lampau memuji Isa anak Maryam "(al-hadith)

   Sebahagian dari kita mungkin memahami makna hadith diatas dengan maksud bahawa melarang memuji Rasulullah s.a.w. secara mutlaq. Golongan tersebut mengatakan perbuatan memuji Rasulullah s.a.w. itu termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap ini adalah tercela dalam agama dan boleh mengakibatkan SYIRIK! Ya Allah! Sungguh Cetek pemikiran golongan ini.

   Oleh itu, ana berpesan kepada para pembaca sekalian. Sekiranya kita mendengar atau mendapat sesuatu hadith dari Rasulullah, maka..janganlah kita membuat andaian sendiri atau tafsiran makna hadith itu tanpa merujuk pandangan para ulama tentang hadith tersebut. Ini sungguh berbahaya !

   Menurut 'Panel kajian Yayasan as-Sofa', maksud sebenar hadith ini adalah Rasulullah s.a.w. melarang umatnya memujinya secara KETERLALUAN sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa a.s. Mereka mengatakan Nabi Isa adalah ANAK Tuhan. Inilah perbuatan memuji yang dilarang oleh Nabi. Tetapi, orang yang memuji Baginda s.a.w. dan meyifatkan Baginda dengan sifat2 yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, disamping menyakini bahawa Rasulullah s.a.w. itu adalah hambaNYA dan utusanNYA, maka sesungguhnya tidak syak lagi bahawa merekalah orang yang paling sempurna Imannya.
  
   Perkara ini diperkuatkan lagi oleh Imam Busiri dalam ''Qasidah Burdah'' :

" Tinggalkan cara orang Nasrani(kristian) dalam menyanjungi Nabi mereka (sehingga mendakwa Isa .a.s anak Allah). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda s.a.w. sesuka hatimu. Kerana sesungguhnya keagungan Rasulullah itu tiada had bagimu, lalu LIDAH dapat mengungkap segala keistimewaannya dengan BAHASA yang INDAH."

   Allah Subhanahu wata'la juga memuji Rasulullah dalam firmanNYA :

" Dan sesungguhnya engkau ( Ya Muhammad ) mempunyai akhlaq yang sangat mulia "(al-qalam:4)

Firman Allah lagi :

" Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah s.a.w. diantara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu "( an-Nur :63)

Ayat diatas jelas menununjukkan bahawa kita wajib beradab dan memuji Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan kita. Ana dan pembaca sekalian semestinya sentiasa memuji Rasulullah s.a.w. dari segi akhlaqnya atau keperibadiannya. Ini adalah suatu tanda bahawa kita CINTA AKAN RASULULLAH.





   Apabila kita duduk disamping rakan atau sedang menonton televisyen, jangan lupa kita berselawat keatas Rasulullah s.a.w. dan puji memuji Rasulullah s.a.w. Terangkan kepada rakan kita itu tentang kehebatan dan keagungan Rasulullah sehingga beliau merasa takjub. Inilah petanda kita sedang bercinta dengan Nabi.

Sebuah madah pernah menukilkan : "Barangsiapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya"

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
 " Demi zat yang jiwaku berada di gengamannNYA, BELUM (sempurna) iman seseorang diantara kalian sehinggalah aku lebih di CINTAInya dari kedua ibu-bapanya dan anaknya" ( Riwayat Bukhari)

   Oleh itu, kita sebagai Umat Nabi yang terakhir semestinya kita mengagungkan dan memuji Nabi kita dengan selayaknya kerana Baginda adalah Manusia yang paling tinggi darjatnya. Baginda lah Rasul Allah yang terakhir..penutup segala Nabi dan penghulu segala Rasul.

  Antara cara untuk kita MEMUJI nabi s.a.w. adalah dengan sentiasa membaca selawat keatas Baginda.
Sesungguhnya Baginda s.a.w. berpesan :
" Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat keatas ku "(riwayat ibnu hibban)

   Ana berpendapat, sekiranya kita hampir dengan Rasulullah semasa di masyar nanti, Insyallah..kita adalah golongan yaumul yamin( golongan kanan yang bakal masuk syurga). Kerana apa? kerana..semasa di masyar nanti, manusia akan dipisahkan kepada 3 golongan. Oleh itu, sekiranya kita hampir dengan Baginda semasa hari kiamat nanti, sudah tentu kita adalah dari golongan baginda iaitu golongan syurga.





   Kesimpulannya, perbanyakkan lah memuji Baginda Rasulullah s.a.w. dengan melantunkan syair, nasyid dan perkataan yang memuji dan mengagungkan Baginda. Sesungguhnya, Allah akan membalas jasa kalian dengan pahala yang setimpal dengan itu. Perbanyakkan juga berselawat kerana selawat mampu membuatkan Rasulullah s.a.w. cinta akan kita. Apabila Rasulullah s.a.w. sudah mencintai kita dan kita juga mencintai Rasulullah, maka beruntunglah kita dengan mendapat syafaat Rasulullah semasa hari kiamat nanti.

Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi ini. Mereka menyampaikan kepadaku salam( dan selawat) daripada umatku" (sohih dari an-Nasa'i

Wallahu Subhanahu Wata'la A'lam




2 comments: