Blog ini saya persembahkan kepada para muslimin sekalian agar kita lebih MENCINTAI junjungan Agung Rasulullah s.a.w. Tugas Baginda bukan hanya sebagai penyampai wahyu sahaja , bahkan lebih dari itu. Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai IDOLA kita kerana apabila kita mencintai Rasulullah dan mengamalkan sunnah-sunnahnya, maka beruntunglah kita. Allah ta'ala berfirman dalam al-quran: " Katakanlah Muhammad: Sekiranya kamu ingin dicintai Allah, maka ikutlah AKU( rasulullah), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosa mu..."(ali imran, ayat 31)







Tuesday 15 May 2012

Mengawal MARAH mengikut hadith

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarokatuh..

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang menciptakan kita semua dari setitis air yg HINA.Selawat dan salam keatas Rasulullah yg Mulia dan seluruh ahlul bayt sehinggalah hari kiamat. Amma ba'du.

   Insyaallah, pada kali ini ana ingin bercerita mengenai MARAH. Persoalan marah ini tdak dapat dielakkan oleh insan yg bergelar manusia kerana ianya FITRAH yang Allah ciptakan untuk kita. Ana sendiri pun terkadang datang sifat amarah ini. Ana pun pasti, setiap makhluk yang bergelar manusia pasti akan marah sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku keatas dirinya. Tetapi Islam sudah menetapkan syarat2 yang betul sekiranya datang sifat marah ini. Diriwayatkan dalam hadith Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Bukanlah orang yang kuat itu dengan gagahnya bergusti, tetapi sebenarnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan nafsunya ketika MARAH " (hadith sohih Muttafaq alaih)





   Hadith diatas jelas menunjukkan bahawa seseorang yang gagah atau kuat itu sebenarnya ialah siapa yang dapat menahan sifat MARAH. Ana tahu perkara ini sukar untuk dilakukan tetapi kita harus mencuba. Macam inilah wahai pembaca sekalian. Kita gunakan konsep zahir dan batin. Zahir mewakili anggota2 tubuh kita termasuk tangan, kaki, organ tubuh dan sebagainya. Anggota2 ini badan ini sebenarnya ibarat pekerja yang melaksanakan segala suruhan dari 'BOS' atau ketua. Bos itulah batin kita. Ini bermaksud, sekiranya batin kita bersih dan baik, maka begitu juga pekerja2 nya iaitu zahir(anggota tubuh).

   Oleh itu, kekuatan mengawal marah ini adalah berpunca daripada akhlaq dan kelakuan hidup seseorang yang baik. Manakala, orang yg pemarah atau panas baran adalah orang buruk akhlaqnya. Diriwayatkan bahawa seseorang datang menemui Rasulullah s.a.w. seraya bertanya :

" Ya Rasulullah, apakah amalan yang yang lebih utama?, jawab Baginda ;" Akhlaq(perangai) yang elok ". Setelah itu dia datang pula sebelah kiri Rasulullah dan bertanya : " Ya Rasulullah, apakah amalan yang yang lebih utama?, jawab Baginda lagi ;" Akhlaq(perangai) yang elok ". Setalah itu dia datang lagi dari belakang dan bertanya lagi : " Ya Rasulullah, apakah amalan yang utama? Sabda Nabi yg terakhir :

" Kenapa engkau tidak faham? Akhlaq yang baik itu ialah engkau tidak marah sekalipun engkau berupaya" 

Para pembaca sekalian, sudah faham maksud ana? ana harap dengan sdikit post ini dapat mencerahkan hati2 anda dan tahanlah marah sekiranya berupaya. Islam membenarkan marah sekiranya kehormatan peribadi,keluarga dan agama dihina dan dirosakkan orang. Nah!! inilah masanya perlu marah tapi biarlah berhad tau.

   Sebelum ana tamatkan penulisan ini, ana berharap supaya kita semua dapat mencontohi akhlaq baginda Rasulullah ketika marah. Bayangkanlah, Rasulullah pernah dihina,dikutuk dan dicaci oleh Arab Jahiliyah semasa di Makkah tetapi Baginda s.a.w. tetap bersabar. Malah ada yang melemparkan najis unta kepada tubuh baginda yang mulia tetapi tetap kesabaran jadi keutamaan sebagaimana firman Allah :

" Wahai orang yang beriman, jadikanlah SABAR dan Solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang2 yang SABAR" (baqarah:153).

Firman Allah lagi :

 " Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang yang mngerjakan yang ma'ruf(kebaikan),serta berpalinglah daripada orang2 yang bodoh"( al-a'raf : 199)

Terima kasih kerana membacanya..^^


Wallahu Subhanahu Wata'ala A'lam




No comments:

Post a Comment