Saya lebih suka menggunakan perkataan 'ana' kerana sudah terbiasa begitu. Ana bukan hamba yang istimewa..cuma ana ingin menjadi seorang hamba yg istimewa di mata NYA. Ana teringat Allah berfirman, iaitu Allah tidak melihat rupa paras kalian..yang hanya dilihat adalah taqwa. Inilah yg menyebabkan ana sering bermuhasabah diri ini agar tidak menjadi terhebat di mata manusia kerana ianya sementara,sedangkan di sana..disana itu tempat terakhir kita iaitu alam akhirat yang baqa'(kekal).
Allah ta'ala pernah berfirman : " Siapa yang datang membawa amal baik maka baginya balasan yang lebih baik daripada Nya , dan siapa yang datang membawa amal jahat, mereka melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan."(al-Qasas, 84)
Ana sedih melihat generasi umat sekarang yang sering melupakan Allah dan RasulNYA. Mereka mengagungkan artis2 Barat yang kafir sehingga mengantungkan gambar2 mereka di tempat tidur dan sebagaiNya
Orang kafir itu pada hakikatnya tidak punya apa2. Malah Allah sendiri menegaskan bahwa orang kafir itu lebih truk daripada binatang.(an'am-haiwan ternakan)..Oleh itu renung2kan la..
Inilah NUKILAN PERTAMA ANA. Diharapkan anda semua dapat memahaminya dgn baik.Alhamdulillah
Wallahu subhanahu ta'ala a'lam
No comments:
Post a Comment