Blog ini saya persembahkan kepada para muslimin sekalian agar kita lebih MENCINTAI junjungan Agung Rasulullah s.a.w. Tugas Baginda bukan hanya sebagai penyampai wahyu sahaja , bahkan lebih dari itu. Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai IDOLA kita kerana apabila kita mencintai Rasulullah dan mengamalkan sunnah-sunnahnya, maka beruntunglah kita. Allah ta'ala berfirman dalam al-quran: " Katakanlah Muhammad: Sekiranya kamu ingin dicintai Allah, maka ikutlah AKU( rasulullah), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosa mu..."(ali imran, ayat 31)







Wednesday, 23 May 2012

Kamar Cinta Rasulullah s.a.w. bhg 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Segala Puji Bagi Allah, PenCinta yang mencintai MakhluqNYA. Selawat yg terpuji dilimpahkan atas Kekasih yg kita cintai, Rasulullah s.a.w. dan para keluarganya. Ameen

   Alhamdulillah, memang sukar untuk ana menulis dan membuat satu post di dalam blog ini kerana ana perlukan masa untuk mencari Dalil dari AL-QURAN dan al-HADITH yg sohih dan Jayyid. Ini kerana, dalil dan nas seperti ini mampu mencantikkan sesuatu penulisan yg berkaitan dengan agama Allah ini.

   Persoalan CINTA sering diucapkan dan dilontarkan oleh kita saban hari terutamanya golongan remaja yg menagih kasih terhadap pasangannya. Sedar kah kita bahawa kehidupan kita ini dihiasi oleh perasaan CINTA yg telah dianugerahkan oleh Allah terhadap makhluqNYA yg bernama manusia. Hrmm, ana pun sukar untuk mengawal perasaan ini. Apa pun persoalannya, yg PASTI..kita wajib menyelesaikan perasaan ini dengan mempercepatkan NIKAH. Sabda Rasul s.a.w. :

" Nikah itu sunnahku, dan yang enggan mengikuti sunnahku, maka tidaklah ia termasuk dari ummatku"(al-hadith)





Justeru itu, jumhur ulama sudah sepakat mengatakan nikah atau perkahwinan ini adalah tsabit dari sunnah Rasulullah s.a.w. Bahkan, ianya juga dilakukan oleh Rasul-Rasul yang lain. Rasullah bersabda:

"Empat perkara daripada perlakuan para Rasul iaitu bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah"
(hadith dari Abu Ayyub r.a., diriwayatkan oleh Imam Tirmizi)

  Ana pelik melihat segelintir orang yang membenci pernikahan dan perkahwinan kerana mereka menganggap wang adalah segala-galanya. Golongan seperti ini didominasi oleh segelintir andartu( anak dara tua) yang menganggap perkahwinan adalah menyusahkan dan mereka juga mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh..Alasan mereka ini nampaknya lemah dan merosakkan. Ana berharap mereka ini cepat bertaubat kerana perkataan yg terkeluar dari mulut mereka itu boleh mnyebabkan mereka tidak digolong dari kalangan Umat Rasulullah s.a.w. Na'uzubillah!!

  Memang nikah adalah jalan yang paling selamat dan sejahtera bagi kedua-dua pasangan yang sedang asyik bercinta agar iman dan kehormatan mereka terjamin dan terpelihara. Tetapi yang menyedihkan,, umat sekarang ni tahu bernikah sahaja tetapi tidak tahu adab2 dalam menjalani pernikahan dan perkahwinan itu.
Sehinggakan, boleh dikatakan setiap hari terpampang di media2 massa seperti surat akhbar, televisyen dan sebagainya yang menunujukkan statistik penceraian yang semakin meningkat hari demi hari. Terrpampang juga sikap suami yang panas baran memukul isteri sehingga patah sana sini dan tidak kurang juga si isteri yang curang dengan menjalankan hubungan seks dengan lelaki lain semasa suami tiada dirumah.

   Pehatikan firman Allah taala :

" Pergaulilah isterimu dengan cara yang baik..." ( an-nisa':34)

Oleh kerana itu, Allah menegaskan bahwa pergaulilah isteri kalian dengan baik dan berkasih-sayang. Persoalan cerai dan masalah rumah tangga yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan mereka jarang dan tidak mahu mengikuti apa yang telah tercatat didalam al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w. Umat kini hanya tahu untuk bernikah dan berkahwin atas sekadar nafsu semata-mata dan tidak lebih dari itu.

  Sedangkan mereka lupa bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. sudah menunujukkan contoh yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga baginda bersama dengan isteri2 nya. Oleh kerana itu, walaupun kita melihat Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sering sibuk dengan menguruskan hal-ehwal kenegaraan Madinah, tetapi, Baginda .s.a.w. tidak pernah melupakan tanggungjawabnya terhadap para isterinya. Ini yang menjadikan rumah tangga Rasulullah bahagia dan sering ceria sentiasa :)

  Nabi s.a.w berpesan dalam hadithnya :

" Dan aku adalah yang paling baik antara kalian terhadap isteriku" ( riwayat Imam Ibnu Majah, ditashihkan oleh Albani)









Memang sudah terbukti bahwa Bagindalah seorang suami yang sangat penyayang terhadap isterinya.
Ini dibuktikan dalam sebuah hadith dari Aisyah r.a.h. :

 Siti Aisyah r.a.h. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al-Aswad Bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab ;

" Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat " ( hadith sohih dari Imam Bukhari dan Muslim)

  Hadith diatas sudah cukup mengambarkan keperibadian Rasulullah terhadap para isterinya. Insyaallah..ana akan sambung lagi penulisan tajuk ini. Ana tidak mahu tulis panjang lebar kerana sukar untuk para pembaca untuk membacanya..justeru itu, ana akan menulisnya dalam beberapa siri lagi. Alhamdulillah


Wallahu Subhanahu Wa ta'ala A'lam

 

















Wednesday, 16 May 2012

Memuji Rasulullah, salahkah?

Assalamualaikum Warohmatullah Wabarokatuh

Segala Puji Bagi Allah, Yang Maha Agung dan dan Maha Perkasa. Selawat dan Salam yang berpanjangan keatas seutama-seutama manusia, Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat baginda. Amma Ba'du

   Alhamdulillah, Syukur Pada Sang Kholiq, yang telah memberi ana umur yang panjang dan badan yang sihat..agar dapat ana menulis kali ini untuk dipersembahkan kepada para pembaca sekalian. Setelah berfikir panjang, ana tertarik untuk menulis mengenai Memuji Rasulullah. Ini kerana, ada pihak yang mengatakan HARAM memuji Rasulullah s.a.w.! Golongan seperti ini berdalilkan sebuah hadith :

" Janganlah kamu melampau-lampau memuji ku sebagaimana kaum Nasrani (kristian) melampau-lampau memuji Isa anak Maryam "(al-hadith)

   Sebahagian dari kita mungkin memahami makna hadith diatas dengan maksud bahawa melarang memuji Rasulullah s.a.w. secara mutlaq. Golongan tersebut mengatakan perbuatan memuji Rasulullah s.a.w. itu termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap ini adalah tercela dalam agama dan boleh mengakibatkan SYIRIK! Ya Allah! Sungguh Cetek pemikiran golongan ini.

   Oleh itu, ana berpesan kepada para pembaca sekalian. Sekiranya kita mendengar atau mendapat sesuatu hadith dari Rasulullah, maka..janganlah kita membuat andaian sendiri atau tafsiran makna hadith itu tanpa merujuk pandangan para ulama tentang hadith tersebut. Ini sungguh berbahaya !

   Menurut 'Panel kajian Yayasan as-Sofa', maksud sebenar hadith ini adalah Rasulullah s.a.w. melarang umatnya memujinya secara KETERLALUAN sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa a.s. Mereka mengatakan Nabi Isa adalah ANAK Tuhan. Inilah perbuatan memuji yang dilarang oleh Nabi. Tetapi, orang yang memuji Baginda s.a.w. dan meyifatkan Baginda dengan sifat2 yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, disamping menyakini bahawa Rasulullah s.a.w. itu adalah hambaNYA dan utusanNYA, maka sesungguhnya tidak syak lagi bahawa merekalah orang yang paling sempurna Imannya.
  
   Perkara ini diperkuatkan lagi oleh Imam Busiri dalam ''Qasidah Burdah'' :

" Tinggalkan cara orang Nasrani(kristian) dalam menyanjungi Nabi mereka (sehingga mendakwa Isa .a.s anak Allah). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda s.a.w. sesuka hatimu. Kerana sesungguhnya keagungan Rasulullah itu tiada had bagimu, lalu LIDAH dapat mengungkap segala keistimewaannya dengan BAHASA yang INDAH."

   Allah Subhanahu wata'la juga memuji Rasulullah dalam firmanNYA :

" Dan sesungguhnya engkau ( Ya Muhammad ) mempunyai akhlaq yang sangat mulia "(al-qalam:4)

Firman Allah lagi :

" Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah s.a.w. diantara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu "( an-Nur :63)

Ayat diatas jelas menununjukkan bahawa kita wajib beradab dan memuji Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan kita. Ana dan pembaca sekalian semestinya sentiasa memuji Rasulullah s.a.w. dari segi akhlaqnya atau keperibadiannya. Ini adalah suatu tanda bahawa kita CINTA AKAN RASULULLAH.





   Apabila kita duduk disamping rakan atau sedang menonton televisyen, jangan lupa kita berselawat keatas Rasulullah s.a.w. dan puji memuji Rasulullah s.a.w. Terangkan kepada rakan kita itu tentang kehebatan dan keagungan Rasulullah sehingga beliau merasa takjub. Inilah petanda kita sedang bercinta dengan Nabi.

Sebuah madah pernah menukilkan : "Barangsiapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya"

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
 " Demi zat yang jiwaku berada di gengamannNYA, BELUM (sempurna) iman seseorang diantara kalian sehinggalah aku lebih di CINTAInya dari kedua ibu-bapanya dan anaknya" ( Riwayat Bukhari)

   Oleh itu, kita sebagai Umat Nabi yang terakhir semestinya kita mengagungkan dan memuji Nabi kita dengan selayaknya kerana Baginda adalah Manusia yang paling tinggi darjatnya. Baginda lah Rasul Allah yang terakhir..penutup segala Nabi dan penghulu segala Rasul.

  Antara cara untuk kita MEMUJI nabi s.a.w. adalah dengan sentiasa membaca selawat keatas Baginda.
Sesungguhnya Baginda s.a.w. berpesan :
" Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat keatas ku "(riwayat ibnu hibban)

   Ana berpendapat, sekiranya kita hampir dengan Rasulullah semasa di masyar nanti, Insyallah..kita adalah golongan yaumul yamin( golongan kanan yang bakal masuk syurga). Kerana apa? kerana..semasa di masyar nanti, manusia akan dipisahkan kepada 3 golongan. Oleh itu, sekiranya kita hampir dengan Baginda semasa hari kiamat nanti, sudah tentu kita adalah dari golongan baginda iaitu golongan syurga.





   Kesimpulannya, perbanyakkan lah memuji Baginda Rasulullah s.a.w. dengan melantunkan syair, nasyid dan perkataan yang memuji dan mengagungkan Baginda. Sesungguhnya, Allah akan membalas jasa kalian dengan pahala yang setimpal dengan itu. Perbanyakkan juga berselawat kerana selawat mampu membuatkan Rasulullah s.a.w. cinta akan kita. Apabila Rasulullah s.a.w. sudah mencintai kita dan kita juga mencintai Rasulullah, maka beruntunglah kita dengan mendapat syafaat Rasulullah semasa hari kiamat nanti.

Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi ini. Mereka menyampaikan kepadaku salam( dan selawat) daripada umatku" (sohih dari an-Nasa'i

Wallahu Subhanahu Wata'la A'lam




Tuesday, 15 May 2012

Mengawal MARAH mengikut hadith

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarokatuh..

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang menciptakan kita semua dari setitis air yg HINA.Selawat dan salam keatas Rasulullah yg Mulia dan seluruh ahlul bayt sehinggalah hari kiamat. Amma ba'du.

   Insyaallah, pada kali ini ana ingin bercerita mengenai MARAH. Persoalan marah ini tdak dapat dielakkan oleh insan yg bergelar manusia kerana ianya FITRAH yang Allah ciptakan untuk kita. Ana sendiri pun terkadang datang sifat amarah ini. Ana pun pasti, setiap makhluk yang bergelar manusia pasti akan marah sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku keatas dirinya. Tetapi Islam sudah menetapkan syarat2 yang betul sekiranya datang sifat marah ini. Diriwayatkan dalam hadith Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Bukanlah orang yang kuat itu dengan gagahnya bergusti, tetapi sebenarnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan nafsunya ketika MARAH " (hadith sohih Muttafaq alaih)





   Hadith diatas jelas menunjukkan bahawa seseorang yang gagah atau kuat itu sebenarnya ialah siapa yang dapat menahan sifat MARAH. Ana tahu perkara ini sukar untuk dilakukan tetapi kita harus mencuba. Macam inilah wahai pembaca sekalian. Kita gunakan konsep zahir dan batin. Zahir mewakili anggota2 tubuh kita termasuk tangan, kaki, organ tubuh dan sebagainya. Anggota2 ini badan ini sebenarnya ibarat pekerja yang melaksanakan segala suruhan dari 'BOS' atau ketua. Bos itulah batin kita. Ini bermaksud, sekiranya batin kita bersih dan baik, maka begitu juga pekerja2 nya iaitu zahir(anggota tubuh).

   Oleh itu, kekuatan mengawal marah ini adalah berpunca daripada akhlaq dan kelakuan hidup seseorang yang baik. Manakala, orang yg pemarah atau panas baran adalah orang buruk akhlaqnya. Diriwayatkan bahawa seseorang datang menemui Rasulullah s.a.w. seraya bertanya :

" Ya Rasulullah, apakah amalan yang yang lebih utama?, jawab Baginda ;" Akhlaq(perangai) yang elok ". Setelah itu dia datang pula sebelah kiri Rasulullah dan bertanya : " Ya Rasulullah, apakah amalan yang yang lebih utama?, jawab Baginda lagi ;" Akhlaq(perangai) yang elok ". Setalah itu dia datang lagi dari belakang dan bertanya lagi : " Ya Rasulullah, apakah amalan yang utama? Sabda Nabi yg terakhir :

" Kenapa engkau tidak faham? Akhlaq yang baik itu ialah engkau tidak marah sekalipun engkau berupaya" 

Para pembaca sekalian, sudah faham maksud ana? ana harap dengan sdikit post ini dapat mencerahkan hati2 anda dan tahanlah marah sekiranya berupaya. Islam membenarkan marah sekiranya kehormatan peribadi,keluarga dan agama dihina dan dirosakkan orang. Nah!! inilah masanya perlu marah tapi biarlah berhad tau.

   Sebelum ana tamatkan penulisan ini, ana berharap supaya kita semua dapat mencontohi akhlaq baginda Rasulullah ketika marah. Bayangkanlah, Rasulullah pernah dihina,dikutuk dan dicaci oleh Arab Jahiliyah semasa di Makkah tetapi Baginda s.a.w. tetap bersabar. Malah ada yang melemparkan najis unta kepada tubuh baginda yang mulia tetapi tetap kesabaran jadi keutamaan sebagaimana firman Allah :

" Wahai orang yang beriman, jadikanlah SABAR dan Solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang2 yang SABAR" (baqarah:153).

Firman Allah lagi :

 " Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang yang mngerjakan yang ma'ruf(kebaikan),serta berpalinglah daripada orang2 yang bodoh"( al-a'raf : 199)

Terima kasih kerana membacanya..^^


Wallahu Subhanahu Wata'ala A'lam




Mukjizat Rasulullah s.a.w.





MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W.

 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَانَتْ صَلَاةُ الْعَصْر،ِ فَالْتَمَسَ النَّاسُ الْوَضُوءَ، فَلَمْ يَجِدُوهُ، فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَضُوءٍ، فَوَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِي ذَلِكَ الْإِنَاءِ يَدَهُ، وَأَمَرَ النَّاسَ أَنْ يَتَوَضَّئُوا مِنْهُ، قَالَ، فَرَأَيْتُ الْمَاءَ يَنْبُعُ، مِنْ تَحْتِ أَصَابِعِهِ، حَتَّى تَوَضَّئُوا مِنْ عِنْدِ آخِرِهِمْ

“Dari Anas bin Malik Ra : Kulihat Rasulullah SAW,  semasa tiba saat solat asar, maka orang- orang mencari air, untuk berwuduk namun tak menemuinya, maka dibawakan kepada Rasul saw bekas wadah tempat air berwudhu, maka Rasul saw menghulurkan tangan beliau SAW dan memerintahkan orang ramai berwudhu dari wadah air itu, maka kulihat air mengalir deras bagai mata air dari bawah jari jemari beliau saw, hingga orang orang berwudhu sehinggga kesemuanya selesai” (Sohih Bukhari)
           
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
.  
  Limpahan puji kehadirat Allah subhanahu wa ta’ala Yang Maha Lemah lembut, Yang Maha Bercahaya di atas segala yang bercahaya, Maha Menciptakan cahaya kebahagiaan, ,cahaya kesejahteraan, cahaya kebahagiaan di dunia dan akhirat, hingga bersinar jalan yang ditempuh oleh para hamba-hambaNya, jalan kebenaran dan kesucian yang diterangi dengan matahari keridhaan Ilahi, sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, Bagindalah matahari kemuliaan Allah, matahari cinta dan kasih sayang Allah, yang mana jika seseorang mengenal dan mengikuti Baginda( ittiba'), sampailah dia pada pengampunan dan kecintaan dari  Allah Azza Wajalla.

   Inilah hadits yang membicarakan tentang mukjizat Sayyidina Muhammad s.a.w. yang telah disampaikan oleh sayyidina Anas bin Malik RA, dimana suatu hari ketika telah masuk waktu solat Asar dan Rasulullah  bersama para sahabat berada dalam perjalanan, dalam 2 riwayat yang lain yang terdapat di Sohihul Bukhari disebutkan bahwa peristiwa itu terjadi di wilayah Hudaibiyah, maka ketika itu para sahabat mencari air untuk berwudhu namun tidak mereka dapatkan, kemudian Rasulullah s.a.w. meminta bejana(bekas) air dan menghulurkan tangan Baginda ke dalam bejana air itu sehingga mengalirlah air dari bawah jari-jemari Baginda s.a.w. dengan derasnya, kemudian para sahabat berwudhu’ dengan air itu. Disebutkan dalam riwayat yang lain dalam Sohihul Bukhari bahwa ketika dalam perjalanan itu (Dalam perjanjian Hudaibiyyah) mereka berjumlah 1500 orang dan mereka(para sahabat) semua menggunakan air itu untuk minum dan berwudhu, dan dikatakan oleh periwayat hadits bahwa andainya jumlah orang di saat itu adalah 100.000 orang, pastilah air tersebut tetap mencukupi  karena air itu terus mengalir dari jari Rasulullah s.a.w


   Dalam hadits ini tersimpan beberapa hikmah bahawa ketika ummat dalam kesulitan dan kesusahan, maka Rasulullah s.a.w. tidak akan hanya berdiam diri dan membiarkan mereka. Para pecinta sayyidina Muhammad s.a.w. juga akan dicintai oleh Baginda s.a.w. dengan diberi syafaat oleh Baginda semasa di dunia dan di akhirat . Syafaat Rasulullah terjadi di dunia sebagaimana ternukil dalam hadis ini. Begitu pula sebagaimana yang telah diriwayatkan, ketika terjadi peperangan Badr dan salah seorang sahabat, Sayyidina Ibn Afra’ yang ketika itu tangannya terpotong dalam peperangan, maka dengan kesakitan, beliau membawa potongan tangannya kehadapan Rasulullah s.a.w., kemudian Rasulullah yang mulia menyambungkan kembali potongan tangannya itu lantas tangan itu pun tersambung seperti sedia kala tanpa ada bekas luka sedikit pun.

   Hal AJAIB ini terjadi bukanlah hanya terjadi KHUSUS kepada Para sahabat sahaja. Jika kita berkata sedemikian, maka hal itu bererti kita membatasi kedermawanan Rasulullah s.a.w., akan tetapi kedermawanan Baginda berlaku untuk semua ummat Baginda .s.a.w. terlebih lagi para PENCINTA Rasulullah s.a.w. Sebagaimana yang telah difirmankan Allah subhanahu wa ta’ala:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ ( التوبة : 128 )

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. ( QS. At Taubah : 128 )
  
  Di zaman sekarang ini, sudah terjadi kerosakkan pada ummat nabi Muhammad s.a.w. , sekiranya ketika itu, masih ada(ummat nabi) yang berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w., maka akan diberi kepadanya pahala 100 orang mati syahid, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِي عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِي فَلَهُ أَجْرُ مِائَةِ شَهِيدٍ “

"Barangsiapa yang berpegang pada sunnahku ketika kerusakan ummatku, maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid”
 
   Di setiap waktu dalam hari-hari kehidupan dunia ini,  kita selalu ditunggu oleh kemuliaan pahala 100 orang mati syahid, apakah hal itu akan dibiarkan begitu saja kita menukarnya dengan dosa dan kehinaan . Allahumma!  Sungguh pahala yang agung ini jauh lebih utama dari sekadar chatting, bermain dengan handphone, atau browsing di internet dengan membuka laman web porno yang akan membutakan mata kita kelak di hari kiamat, dan kita tidak mampumemandang Allah subhanahu wata’ala dan RasulNya , sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى ( طه : 124 )
“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (QS.Thaaha : 124 )

   Maka kehidupan orang tersebut kelak di akhirat penuh dengan kesusahan dan kegelapan, dan kelak dia dibangkitkan dalam keadaan buta sehingga tidak mengetahui mana syurga dan neraka, tidak mengetahui dimana Allah subhanahu wata’ala mengumpulkan hamba-hamba yang soleh, dan dimana Allah mengumpulkan hamba-hamba yang jahat, tidak mengetahui dimana kelompok para pencinta sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Ucapan ini bukan bermaksud untuk menakutkan ana dan anda, tetapi hanya ingin mengajak agar kita menjadi orang yang terpilih untuk melihat Allah subhanahu wata’ala dan Rasulullah s.a.w. kelak di alam barzakh dan hari kiamat. Sebagaimana bayangan wajah nabi Muhammad s.a.w. selalu ada di setiap alam, baik itu di alam dunia sebagaimana sabda Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam :
مَنْ رَآنِى فِى الْمَنَامِ فَقَدْ فَسَيَرَانِيْ فِى الْيَقَظَةِ وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطاَنُ بِيْ
“ Barangsiapa melihatku dalam tidurnya maka sungguh ia akan melihatku dalam keadaan bangun (sadar) , dan syaithan tidak menyerupaiku”

Sebagian Ulama’ mengatakan bahwa orang yang telah bermimpi berjumpa Rasulullah ,maka Insyaallah dia akan melihat Rasulullah sebelum ia wafat, yang mana dia tidak akan mengalami sakaratul maut kecuali wajah sang nabi Muhammad s.a.w.muncul di hadapannya, dan ketika di alam barzakh . INI adalah BENAR sebagaimana terdapat lebih dari 7 riwayat dalam Sohihul Bukhari dan Sohih Muslim, dimana Rasulullah s.aw  bersabda bahwa seorang hamba akan mendapatkan cubaan lagi di alam kubur yaitu pertanyaan di alam kubur. Dimana ketika itu akan datang malaikat dan menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata :مَاعِلْمُكَ بِهَذَا الرَّجُلِ؟  

“ Apa pengetahuanmu akan lelaki ini?”
Jika hamba itu adalah orang mukmin maka ia akan berkata :
 هُوَ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ جَاءَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى فَأَجَبْنَا وَاتَّبَعْنَا هُوَ مُحَمَّدٌ، هُوَ مُحَمَّدٌ هُوَ مُحَمَّدٌ
“ Dia adalah Muhammad utusan Allah, datang kepada kami dengan penjelasan dan petunjuk, maka kami menjawabnya dan mengikutinya, Dialah Muhammad, Dialah Muhammad, Dialah Muhammad (Saw)”.Maka malaikat berkata :
نَمْ صَالِحًا قَدْ عَلِمْنَا إِنْ كُنْتَ لَمُوقِنًا بِهِ
“Tidurlah dengan tenang, sungguh kami telah mengetahui bahwa kamu adalah orang yang meyakininya”
Hamba yang soleh boleh mengenal Baginda s.a.w. meskipun belum pernah berjumpa dengan beliau, namun iman yang menjadikannya mengenal Rasulullah s.a.w., dan ruh itu kelak di alam kubur mengenal sayyidina Muhammad s.a.w., sebagaimana sabda Nabi hadith riwayat Sohih Al Bukhari :
اَلْأَرْوَاحُ جُنُوْدٌ مُجَنَّدَةٌ, فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ

“Ruh-ruh itu merupakan pasukan yang teratur, ruh-ruh yang saling mengenal maka dia akan bersatu dengannya dan jika tidak saling mengenal maka akan saling mengingkari”
  
  Jika manusia saling mencintai satu sama lain, maka ruh mereka pun saling mencintai dan berada dalam satu kelompok, sebaliknya jika manusia itu berselisih maka ruh mereka pun berselisih, jika mereka saling berpisah maka ruh mereka pun saling berpisah. Maka jika seseorang mencintai Rasulullah s.a.w. meskipun jasadnya tidak bertemu dengan baginda, maka ruhnya akan bersatu dengan pasukan sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Namun jika hamba itu adalah orang yang Zalim, Fasiq, atau Munafiq lalu meninggal dunia, maka ketika ditanya oleh malaikat :
مَاعِلْمُكَ بِهَذَا الرَّجُلِ؟
“ Apa pengetahuanmu akan lelaki ini?”Ia akan menjawab :
لَا أَدْرِي سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ شَيْئًا فَقُلْتُهُ
“Aku tidak tahu, aku mendengar orang-orang mengatakan sesuatu, maka akupun mengatakannya”.
 
 Orang itu tidak mengenali sayyidina Muhammad s.a.w., karena dia tidak mengenal sejarah Baginda di dunia, tidak juga banyak membaca selawat keatas Baginda , padahal Baginda s.a.w. bersabda :

أَقْرَبُكُمْ مِنِّيْ مَنْزِلاً يَوْمَ اْلقِيَامَةِ أَكْثَرَكُمْ عَلَيَّ صَلاَةً
“ Yang paling dekat tempat kalian denganku kelak di hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku”
 
  Namun orang itu tidak banyak berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. bahkan menhalang dan melarang kelompok orang yang bershalawat, sehingga orang tersebut tidak mencintai nabi Muhammad . Orang seperti ini kelak di alam kubur ketika ditanya oleh Malaikat tentang nabi Muhammad s.a.w, maka ia menjawab bahwa dia tidak mengenali orang tersebut (Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam), maka ketika itu malaikat memukulnya dengan martil(rantai) besi sehingga dia menjerit dengan dahsyatnya dimana jeritan itu didengar oleh seluruh alam jagad raya kecuali jin dan manusia.
Oleh karena itu, ana berpesan pada antum semua supaya kenalilah sayyidina Muhamad S.A.W., mukjizat agung dimana ketika dalam keadaan tidak menemukan air, ketika itu air pun mengalir dari bawah jari jemari Baginda. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melakukan hal yang seperti itu hanya untuk para sahabat Baginda, namun Baginda tidak akan membiarkan orang-orang yang mencintai beliau dalam kesusahan dan kesulitan. Moga kita semua menyintai Rasulullah !
Wallahu subhanahu wata'ala a'lam












(صحيح البخاري)

Monday, 14 May 2012

Salam perkenalan dari saya.

Nama ana Muhammad nizamuddin bin zulkhairi. Seorang hamba Allah yang hina dilahirkan pada 21.6.1994.


Saya lebih suka menggunakan perkataan 'ana' kerana sudah terbiasa begitu. Ana bukan hamba yang istimewa..cuma ana ingin menjadi seorang hamba yg istimewa di mata NYA. Ana teringat Allah berfirman, iaitu Allah tidak melihat rupa paras kalian..yang hanya dilihat adalah taqwa. Inilah yg menyebabkan ana sering bermuhasabah diri ini agar tidak menjadi terhebat di mata manusia kerana ianya sementara,sedangkan di sana..disana itu tempat terakhir kita iaitu alam akhirat yang baqa'(kekal).


Allah ta'ala pernah berfirman : " Siapa yang datang membawa amal baik maka baginya balasan yang lebih baik daripada Nya , dan siapa yang datang membawa amal jahat, mereka melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan."(al-Qasas, 84)


Ana sedih melihat generasi umat sekarang yang sering melupakan Allah dan RasulNYA. Mereka mengagungkan artis2 Barat yang kafir sehingga mengantungkan gambar2 mereka di tempat tidur dan sebagaiNya



Jadikan lah para ulama sebagai idola kalian. Tidak ada gunanya mengangung-agungkan artis kafir barat seperti Rihanna, Justin Bieber dan sebagainya. Ingatla!! Kita adalah umat Islam. Firman Allah, umat islam adalah umat yang terbaik dijadikan atas muka bumi ini. Sesiapa yang beriman dan beramal soleh, maka golongan seprti ini lebih mulia daripada SEMUA MAKHLUK ALLAH DI BUMI DAN LANGIT termasuk para malaikat.


Orang kafir itu pada hakikatnya tidak punya apa2. Malah Allah sendiri menegaskan bahwa orang kafir itu lebih truk daripada binatang.(an'am-haiwan ternakan)..Oleh itu renung2kan la..


Inilah NUKILAN PERTAMA ANA. Diharapkan anda semua dapat memahaminya dgn baik.Alhamdulillah


Wallahu subhanahu ta'ala a'lam